Pakaian Tradisi

  • 时间:
  • 浏览:35

Perhiasan, jubah, tali pinggang dan but merupakan bahagian yang paling penting dan menjadi ciri khusus dalam pakaian orang etnik Mongol. Perhiasan kepala bagi wanita etnik Mongol diperbuat dengan batu akik, mutiara, emas dan perak.

Pada tempoh ini, sejenis jubah sangat popular dalam kalangan bangsawan. Pakaian sejenis ini, baju dan skirtnya bersambung, tiada perbezaan antara jubah lelaki dan wanita.

Pakaian pengantin perempuan biasanya memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, atau Cheongsam yang disulam dengan jahitan berbentuk burung Pheonix dengan benang emas dan perak. Pengantin lelaki memakai jubah panjang kain sutera bersulam dengan corak naga.

Tempoh pentadbiran Dinasti Qin agak pendek. Oleh itu, meskipun Maharaja Shihuangdi mengeluarkan perintah tentang pakaian, pakaian orang ramai biasanya tetap mewarisi tradisi pada Zaman Negara-negara Berperang.

Orang Etnik Tibet tinggal di tempat yang berlainan. Maka, pakaian mereka pun berbeza sedikit antara satu sama lain. Pakaian orang etnik Tibet biasanya mempunyai lengan yang panjang, pinggang yang longgar dan lapel yang besar. Wanita etnik Tibet memakai jubah yang mempunyai lengan panjang pada musim sejuk dan jubah tanpa lengan pada musim panas.

Orang Etnik Man kebanyakannya tinggal di Provinsi Heilongjiang, Jilin dan Liaoning di bahagian Timur Laut China. Wanita etnik Man suka memakai sejenis kasut yang dihias dengan bunga bersulam. Yang istimewanya ialah, tumit yang setinggi 10 cm itu di tengah-tengah tapak kasut. Cheongsam juga merupakan pakaian yang penuh ciri khas etnik Man.

Cheongsam membalut keindahan tubuh pemakainya dan membuat setiap mata yang memandang terpesona. Kolartinggimembuatkan leher terlihat jenjang dan indah. Potongan lengan, memberikan kesan bahu yang lebar. Kancing di sisi kanan merupakan keistimewaan yang tersendiri. Belahan di kedua-dua sisimembuatkan pemakainampak lebih anggun dan seksi.Rupanya itu rahasia wanita China agar tampil lebih cantik.

Pakaian pada Dinasti Shang dan Zhou (13000-211 sebelum Masehi) terdiri daripada baju dan skirt. Baju pada zaman itu berbutang di sebelan kanan, wanita dan lelaki semuanya memakai skirt. Tali pinggang yang diikat oleh orang pada zaman itu agak lebar dan di depannya tergantung sehelai kain yang menutup lutut.